Isnin, 18 Julai 2011

Pembedahan 9W2RLW Di Institut Jantung Negara (IJN).

8-Julai-2011, 14.40 Hrs: Syukur Alhamdulillah, seorang sahabat Amatur, 9W2RLW, SYAHRUL ANUAR BIN ABU SAMAH (Bg. Nuar / Nuai) dari Johor Bharu telah selamat menjalani pembedahan menukar & membaiki injap jantungnya di IJN, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Menurut Jururawat di tingkat 2, IJN, pada pukul 07.30 Hrs Bg. Nuar telah dibawa ke Dewan Pembedahan (OT) & pembedahannya selesai pada pukul 13.30 Hrs.

Bg. Nuar kini berada di 'ICU A', kemungkinan beliau akan mula sedar lewat hari ini atau esok. Saya tidak sempat bertemu Ayahanda beliau semasa di Bilik Menunggu & di 'ICU A' kerana tidak mengenalinya & ramai pelawat di situ. Pihak IJN akan menerangkan situasi terkini Bg. Nuar hanya kepada keluarga / waris terdekat sahaja. Diharap Bg. Nuar akan cepat sedar & berada didalam keadaan baik. Admin Sakb mengucapkan  terima kasih kepada semua Rakan2 yg telah mendoakan keselamatan Bg. Nuar & teruskan berdoa. Tidak lupa juga ucapan terima kaseh kepada Doktor2 serta Kakitangan, IJN & Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu yg telah merawat & membedahnnya..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan