Ahad, 21 Ogos 2011

KEPELBAGAIAN TEKNIK MENJADIKAN ANDA MANGSA DALAM PERJALANAN


Terkini teknik baru yang digunakan bagi menjadikan pemandu jalanraya pada waktu malam menjadi mangsa mereka, iaitu dengan melempar telur di cermin hadapan.

Jika anda sedang memandu diwaktu malam, secara tiba-tiba cermin kereta anda dilemparkan telur ayam. Jangan suis on wiper dan pancutkan air. Teruskan memandu dengan apa yang mampu dilihat sehingga anda berada di tempat yang selamat. Ini kerana, telur ayam bercampur dengan air akan menjadikan cecair seperti susu (sukar dihilangkan dengan mudah) dan menyebabkan tahap penglihatan mata kita menjadi kabur sehingga 92.5 peratus. Anda akan menjadi mangsa sekiranya anda berhenti sebaik saja mengalami kejadian tersebut. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa dengan gaya baru sipenjenayah.
BERHATI-HATI SEMASA DALAM PERMANDUAN TERUTAMA DI WAKTU MALAM...PELBAGAI CARA AKAN DIBUAT SANG PENJENAYAH

Borang :  Sila Ke Borang Maklumat Balik Kampung

Pesanan daripada PDRM.
Sebarkan untuk kebaikan ...kita bersama

Selasa, 9 Ogos 2011

PEMERGIAN SEORANG RAKAN SEPERJUANGAN HAM RADIO 9W2KMR KAMARUDDIN OSMAN

salam warga radio...
9w2KMR(Kamaruddin Osman) telah kembali ke Rahmatullah -+jam 10.25 malam, 8 ogos 2011, akibat serangan jantung..Alfatihah...



Pak Ku Mustafa Langkawi Saya diinfokan bahawa allahyarham dok di Kuala Kangsar. Jenzahnya akan dikebumikan pada hari ini 9 Ogos (Selasa) di Jeliang, Kuala Kangsar(ada juga yang kata Jeliang Manong). Sama sahaja. Terima kasih

Jumaat, 5 Ogos 2011

Eyball Rakan Sempena Kejayaan Rae 2011-1






















Rakaman Video:

Kami Di SAKB mengucapkan tahniah pada mereka yang telah berjaya dalam Peperiksaan Rae 2011-1...Kepada yang kurang bernasib baik jangan putus asa...Kejayaan Pasti untuk mu

Rabu, 3 Ogos 2011

Repeater Percubaan 9M4RSM

AKRAB Wilayah Tengah akan memasang repeater percubaan 9M4RSM (freq 147.9625 -0.600 Tone 233.6) pada 13-Ogos ini. Lokasi percubaan di Bukit Tujuh, Rakan2 terlibat AKRAB Wilayah Tengah, Kuala Lipis Team, AKRAB Bachok & Gua Musang. Kepada yang berkelapangan pada tarikh tersebut dialu-alukan bagi 
menguji Pancaran & Audio..





Semakan Keputusan Peperiksaan

Untuk Membuat semakan sila Klik Disini

KEPADA RAKAN-RAKAN YANG UDAH LULUS JUTAAN TAHNIAHHHHHHHHHHHH DARI ADMIN SAKB..BAGI RAKAN-RAKAN YANG KUREM BERNASIB BAIK..TERUSKAN USAHA ANDA..SESUNGGUHNYA KAMI MENYOKONG ANDA DARI BELAKANG...

Selasa, 2 Ogos 2011

UJIAN KOD MORSE SIRI KEDUA TAHUN 2011

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menganjurkan Ujian Kod Morse (CW) siri 
kedua bagi tahun 2011


  1. NO SIRI UJIAN                          : CW 2011-2
  2. TARIKH DAN MASA UJIAN       :
    28 Sept 2011, Jam 10 pagi
  3. TARIKH TUTUP PERMOHONAN:19 Aug 2011, Jam 5:00 Petang
  4. PUSAT PEPERIKSAAN               :WILAYAH TENGAH CYBERJAYA

Kelayakan bagi menduduki ujian tersebut adalah seperti berikut: 
  1. Berumur 18 tahun ke atas pada hari ujian dilangsungkan; dan 
  2. Memiliki Penguntukan Radas Stesen Amatur Kelas B (9W) yang sah untuk tempoh sekurang-kurangnya 
    satu tahun pada tarikh ujian dilangsungkan.


Isnin, 1 Ogos 2011

PEMERGIAN ISTERI TERCINTA(9W2EZR abg Kamal V38 Krian)

Aslmkum..berita kebajikan xyl kepada 9W2EZR telah kembali kerahmatullah pada jam 7.25 pagi tadi,jenazah akan dibawa ke no 7 Tmn Putra Kilang Lama Kulim Kedah,sekian utk makluman rakan2 alfatihah.