Sabtu, 30 Julai 2011

JASRA RAMADHAN 2 M NET

Hadiah DUIT RAYA dan HAMPER menanti anda ketika Check In di 2M Net Ramadhan di Jaluran JASRA setiap hari dari jam 4 pg - 5 pg. Tiga hadiah utk pemanggil terbanyak disepanjang bulan ramadhan, Satu hadiah utk pemanggil eQso, dan Dua hadiah utk pengawal rangkaian popular. SAHUR ! SAHUR ! SAHUR ! dapat DUIT RAYA DAN HAMPER !......JANGAN LUPA CHECK IN

Isnin, 25 Julai 2011

PERTUKARAN DARI 9M4RDA KE 9M4RKN

KINI 9M4RDA BERTUKAR KEPADA 9M4RKN
FEQ MASIH SAMA OFFSET PN MASIH SAMA TONE BERBEZA
147650 -600 T 131.8(9M4RKN)

Sabtu, 23 Julai 2011

Majlis Usaha Sama Diantara AKRAB & PERAMAH dlm mendirikan REPEATER SATU MALAYSIA (9M4RSM)

Majlis Penyerahan Surat Rasmi dan Kerjasama dalam merealisasikan Program mendirikan repeater REPEATER SATU MALAYSIA (9M4RSM) daripada Presiden AKRAB (9W2AWQ) kepada Presiden PERAMAH (9W2MON)





Jumaat, 22 Julai 2011

Program Jiwa Murni 2011

PERAKAM akan mengadakan Program Jiwa Murni 2011 di kg. Gadek pada 23/7/2011 (Sabtu) ini. Sesiapa yang berhajat untuk menyertai program tersebut bolehlah berkumpul di Ayer Panas Gadek pada jam 8:00 pagi dan sesiapa yang ingin memberi sumbangan ikhlas bolehlah disalurkan kepada Bendahari PERAKAM di talian 019-6657578 (En. Ismadi). Segala sumbangan dari pihak tuan semua pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih semoga pada masa akan datang kita bersama-sama dapat mengadakan lagi program yang murni ini. Sekian Terima Kasih 73 semua



Khamis, 21 Julai 2011

SAMA-SAMA KITA DOAKAN...

Mohon rakan2 HAM medoakan Bonda 9M2TJO, Tunku Jalil Tunku Osman, iaitu Tunku Tun Maimunah Binti Al. Sultan Ismail, yang akan menjalani pembedahan di sebuah Hospital Singapura. Semuga beliau, cepat sembuh...............



INFORMASI ASTRA LINKING





Info Siaraya:
Dimaklumkan repeater 9M4RGH (Astra Linking) sudah boleh digunakan seperti biasa. Harap rakan2 terus menggunakan dengan baik..Terimakasih kepada rakan2 Teknikal yg telah berusaha untuk naik dn memperbaiki bagi kegunaan ramai.
Sekian Harap Maklum..

Selasa, 19 Julai 2011

PEMERGIAN SEORANG RAKAN SEPERJUANGAN HAM RADIO 9W2OPX PAK LONG

UNTUK MAKLUMAN RAKAN HAM SELURUH MALAYSIA(KEMATIAN) PEMERGIAN SEORANG RAKAN SEPERJUANGAN HAM RADIO 9W2OPX PAK LONG ABDULLAH BIN ABDUL RAHMAN AKIBAT KOMPLIKASI SEMASA PEMBEDAHAN PADA JAM 03.30 PTG TADI 19/07/2011.JENAZAH TELAH DIBAWA PULANG KERUMAH BELIAU DI PADANG MENORA KUBANG SEMANG PULAU PINANG DAN AKAN DIKEBUMIKAN PADA ESOK HARI 20/07/2011 JAM 10.30 PAGI.DI PULAU PINANG ARWAH LEBIH DIKENALI SEBAGAI PAK LONG DAN DAHULUNYA MEMEGANG CALLSIGN (9W2OP)...SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DITEMPAT ORANG-ORANG YG BERIMAN...ALFATIHAH



MAKLUMAN UNTUK RAKAN HAM

MAKLUMAN KEPADA SEMUA RAKAN HAM WILAYAH UTARA PERAK,PENANG,KEDAH DAN PERLIS DAN KEPADA MANA-MANA RAKAN BERKELAPANGAN....MEMANGGIL SEMUA RAKAN HAM UNTUK HADIR KE IBU PEJABAT POLS SEBERANG PERAI SELATAN(SPS) JAWI PULAU PINANG UNTUK MERAMAIKAN AHLI HAM BERSAMA (RAKAN COP)POLIS DIRAJA MALAYSIA PADA 21/07/2011 JAM 08.15 MALAM..untuk keterangan lanjut hubungi 9W2SOB ditalian 0174231797 dan 9W2PTO ditalian 0194165688.diwar-warkan oleh 9W2SPG SALIM (AJK ASTRA NEGERI (GEORGETOWN) TIMUR LAUT DAN BARAT DAYA PULAU PINANG.



Isnin, 18 Julai 2011

Pembedahan 9W2RLW Di Institut Jantung Negara (IJN).

8-Julai-2011, 14.40 Hrs: Syukur Alhamdulillah, seorang sahabat Amatur, 9W2RLW, SYAHRUL ANUAR BIN ABU SAMAH (Bg. Nuar / Nuai) dari Johor Bharu telah selamat menjalani pembedahan menukar & membaiki injap jantungnya di IJN, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Menurut Jururawat di tingkat 2, IJN, pada pukul 07.30 Hrs Bg. Nuar telah dibawa ke Dewan Pembedahan (OT) & pembedahannya selesai pada pukul 13.30 Hrs.

Bg. Nuar kini berada di 'ICU A', kemungkinan beliau akan mula sedar lewat hari ini atau esok. Saya tidak sempat bertemu Ayahanda beliau semasa di Bilik Menunggu & di 'ICU A' kerana tidak mengenalinya & ramai pelawat di situ. Pihak IJN akan menerangkan situasi terkini Bg. Nuar hanya kepada keluarga / waris terdekat sahaja. Diharap Bg. Nuar akan cepat sedar & berada didalam keadaan baik. Admin Sakb mengucapkan  terima kasih kepada semua Rakan2 yg telah mendoakan keselamatan Bg. Nuar & teruskan berdoa. Tidak lupa juga ucapan terima kaseh kepada Doktor2 serta Kakitangan, IJN & Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu yg telah merawat & membedahnnya..



Jumaat, 15 Julai 2011

Ziarah 9W2RLW Di Institut Jantung Negara (IJN)

14-Julai-2011, 12.00 Hrs: Seorang rakan Amatur, 9W2RLW, SYAHRUL ANUAR BIN ABU SAMAH (ahli ASTRA) dari Johor telah dimasukan ke IJN, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, sejak 3 hari yg lalu utk menjalani pembedahan jantung. 9W2RLW yg lebih mesra dipanggil Bg. Nuar/Nuai, bekerja dengan Vendor Telekom & berasal drpd Bandar Baru Uda, Johor Baharu (JB). Beliau mempunyai XYL & seorang anak yg bersekolah darjah 6 di JB. Beliau juga merupakan Bendahari ASTRA Selatan & Biro Repeater. Beliau banyak terlibat membaik pulih Repeater di kawasan Johor termasuk untuk JASRA, ASTRA & Radio Swasta / Komersial (Pelangi & PC). Repeater Pulai (Gunung Pulai) merupakan Repeater yg akhir dibaiki olehnya (Blackout kerana disambar petir) sebelum beliau jatuh sakit.

Menurut Bg. Nuai beliau tidak mengetahui jantungnya punyai masalah, sehinggalah beliau demam pada bulan Disember tahun lalu. Menurut Doktor di Hospital Sultanah Aminah (HSA) JB, punca jantungnya bermasalah adalah disebabkan jangkitan Kuman yg berpunca dari giginya. Gigi beliau yg berlubang itu telah dicabut & terpaksa menjalani rawatan Antibiotik membunuh kuman yg telah berada & merosakkan injap jantungnya. Proses ini memakan masa selama 2 (dua) bulan sebelum pembedahan dapat dijalankan.

Bg. Nuai telah dimasukkan ke HSA pada 9-Julai-11, tetapi Oleh kerana Bilik Bedah HSA ada sedikit masalah teknikal & ramai pesakit yg sedang menanti rawatan maka Bg. Nuai telah dipindahkan ke IJN menggunakan ambulan pada 11-Julai-11. Jika sekiranya tiada masalah, kemungkinan pembedahan akan dijalankan pada minggu depan, samada hari Isnin atau hari Selasa. Buat masa ini beliau ditempatkan di Wad Mawar, Tingkat 2, Katil nombor 9. Pembedahan yg akan dijalankan ini agak besar juga kerana melibatkan 3 drpd 4 injap jantungnya akan terlibat. Serangan oleh kuman tadi telah menyebabkan 2 injapnya telah rosak (Valvular Heart Disease) & perlu ditukar baru (Injap Plastik), manakala 1 injap lagi akan cuba dibaiki oleh Pakar Jantung IJN. Pembedahan ini terpaksa dilakukan secepat yg mungkin kerana kompilasi ini menyebabkan jantungnya bekerja lebih keras dari biasa. Semasa saya menemubual beliau tengahari tadi memang jelas kelihatan beliau agak sukar untuk bernafas & duduk. Beliau juga bercakap dgn nada yg agak perlahan sahaja.

Akhir sekali Bg. Nuai yg ditemani oleh Ibundanya menyampaikan salam kepada semua rakan2 Amatur yg mengenalinya & beliau berterima kasih kepada rakan2 yg telah sudi datang menziarahi beliau samada di HSA & IJN.

Marilah kita sama2 berdoa, bacaan yasin, membuat solat hajat & apa2 yg perlu bagi mendoakan keselamatan & kesihatan keatas SYAHRUL ANUAR BIN ABU SAMAH. Sebelum saya balek tadi (14.30 Hrs), ramai rakan2 yg telah datang melawat beliau (9W2RES, 9W2UHF, 9W2OOB, 9W2ZBV & 9W2JQQ. Manakala 9W2ALS & 9W2RES telahpun datang melawat semalam). Sebarang perkembangan terkini akan diberitahu secepat yg mungkin. 


9W2RLW (SYAHRUL ANUAR B ABU SAMAH)

MENCARI WARIS(NG THONG TAT K/P:440403-07-5613)

Pihak polis sedang mengesan waris (1) (L) Cina dalam kes kematian SDR pada 03/07/2011 bersabit USJ repot: 7478/11. Alamat terakhir si mati adalah PS-13A-11 Prima Saujana Apartment Taman Wangsa Permai Kepong 52200 Kuala Lumpur. Butir-butir pengenalan si mati adalah seperti berikut:-
               NAMA          : NG THONG TAT
               KPT              : 440403-07-5613
               ALAMAT       : No. 361 JALAN DATUK KERAMAT KAMPUNG MAKAM PULAU PINANG.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai si mati atau waris simati hendaklah berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes SM 71508 Basir Bin Baharom di talian 019-3832289 atau dimana -mana balai polis berhampiran.



INFOR KEHILANGAN ANAK


Kepada Rakan2 semua,

Anak kepada rakan saya telah hilang tengahari semalam dihadapan Sek. Keb Subang Bestari. Usaha mencari adik Najmi telah dilakukan sehingga lewat pagi tadi tetapi masih gagal.

Lapuran polis telah dilakukan dan dia disyaki diculik. Butir2 terakhir adik Najmi adalah seperti berikut:

Nama : Najmi Haqiemi bin Ahmad Salleh (10tahun)

Tinggi : lebih kurang 110cm

Pakaian: Memakai t-shirt sukan berwarna merah berlengan hitam dgn cetakan 'S.K Subang Bestari, Tuah' dibelakang, berseluar sukan berwarna biru gelap berbelang putih dan berjaket berwarna coklat.

Lain2: Membawa beg sekolah berwarna biru dan hitam, berambut pendek dan mempunyai tanda parut disebelah kanan kepala.

MOHON DIDOAKAN SEMOGA KANAK-KANAK INI DIJUMPAI DAN MINTA SAMA-SAMA KITA SOLAT HAJAT SEMOGA ORANG YANG MEMBAWANYA TERBUKA HATI UNTUK MENGHANTAR KEMBALI KANAK-KANAK INI KEPADA KELUARGANYA.

Sekiranya rakan2 mempunyai maklumat atau ternampak kanak2 ini, boleh hubungi ibunya di no: 012 2485649 (Zetty) atau bapanya di no: 0196387252 (Salleh).
Oleh: Afiq KLtown 



Khamis, 14 Julai 2011

PENGUMUMAN RAKAN-RAKAN RADIO

AKTIVITI JASRA BATU PAHAT
Pameran Radio Amatur akan diadakan di Sek Keb Kota Dalam A Hitam pada 16/7/2011. Bermula jam 8am-5pm. Program yang akan diadakan:-
-Slot pengunjung mencuba mengendalikan radio 'on air' direapeter JASRA (8.30am-10.00am)
-Demo eQSO
-2mternet Khas (10am-12pm)
-Stiker/ Tshirt JASRA
-Pengunjung akan diberikan cenderahati (Mengikut terma dan syarat)




Datang lah Beramai ramai......

Rabu, 13 Julai 2011

PEMBERITAHUAN..INFO DARI 9W2ZXZ(ASTRA JOHOR)

Pemberitahuan
Adalah dimaklumkan bahawa Akaun Bank untuk Astra Johor telah ditutup atas arahan Astra pusat. Segala sumbangan untuk urusan baik pulih pemancar bolehlah disalurkan kepada Pengurus Astra Johor atau terus kepada Presiden Astra atau terus berhubung dengan Bendahari Astra.

Kepada semua penyumbang jasa anda tetap kami aku-alukan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih

INFORMASI: KELAB RAKAN COP MALAYSIA

SAKSI DIKEHENDAKI : Pihak polis sedang mengesan individu ini bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membabitkan penipuan wang.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu ini boleh menyalurkan maklumat atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes Insp. Akmal Rabiatun Bt Zaini, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 019-6546007 atau 03-3376 2222 ext 2367 atau mana-mana Balai Polis berhampiran.

Sumber : Facebook Polis Selangor 



Isnin, 11 Julai 2011

PEMERGIAN AYAHANDA TERCINTA(9W2SML UST.SUHAIMI)

Ayahanda kepada 9W2SML Ustaz Suhaimi Gazali(Pengurus Astra Melaka) telah kembali kerahmahtullah baru sebentar tadi di Trengganu. Mana-mana rakan yang berdekatan boleh la melawat dan memberi sokongan moral. Tel: 9W2SML 0123049678


SEMOGA DENGAN PEMERGIANNYA DICUCURI RAHMAT..KAMI DI SAKB MENGUCAPKAN TAKZIAH








AL-FATIHAH .....

Ahad, 10 Julai 2011

LAPORAN KEHILANGAN(KERETA 9W2POT)

Minta tolong sebarkan... Kereta sahabat telah dirompak sebentar tadi di rumahnya di bandar kinrara, puchong... Kereta yang hilang jenis MYVi Passo warna putih.. No pendaftaran WPY2656 .. Isteri beliau dirompak ketika ingin membuka pintu pagar dan kereta dilarikan oleh beberapa org lelaki. Tolong sebarkan.Sila hubungi beliau di 0126667722 (wan) sekiranya ternampak kereta tsebut. thnks. spread around please!

Khamis, 7 Julai 2011

INFO TERKINA ASTRA LINKING

Repeater Astra Linking 9M4RGH:-
Adalah dimaklumkan, kerja-kerja pembaikpulih sedang dijalankan. Harap rakan2 dapat bersabar kembalinya audio dari utara, selatan, timur dan tengah berkemundang seperti sedia kala. Sama2lah kita mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar...de 9W2ZBV Astra Wilayah Tengah.

LAPORAN KEHILANGAN

salam hormat,,berita untuk meminta bantuan rakan,,
seorg wanita berumur 26 tahun ,nur hidayu,,,dipercayai melarikan diri,,dgn menaiki sebuah kereta kancil,berwarna hijau,,plat nmber JFN3249..sekiranya rakan2 melihat nya,boleh la trus mnghubungi kluarganya di talian 013,4418749 <hazlami>..kejadian berlaku di sekitar terengganu..sekian ,diucapkan ribuan berbyk trima kasih pada rakan yg menolong,,mewakili dari rakan saya ,,salam...

Selasa, 5 Julai 2011

KEHILANGAN SEORANG DATUK TERCINTA(9W2RI)

SALAM TAKZIAH buat 9W2RI, yang telah kehilangan Datuknya pada hari ini. Telah dikebumikan di Batu Pahat, Johor. Semuga rohnya di tempatkan bersama orang2 beriman.......

PEMERGIAN ABANG TERCINTA(9W8WAN)

Takziah dan Al-Fatihah... Abang kepada 9W8WAN (Ust. Ikhwan) telah kembali ke Rahmatullah kerana XCDEN jam 1pg td di kawasan Lati, Pasir Mas.. 9W8WAN kini berada di Airport Kuching untuk penerbangan jam 730pg n d jangka sampai d Pkln Chepa jan 1100 pg nnt.. kepada rakan2 sekitar Pasir Mas bolehlah menziarahi jenazah di Rumah Cikgu Wan Adnan, depan masjid Lemal dan akan dikebumikan lebih kurang Jam 300 ptg nanti.. semoga Allah mencucuri rahmat dan mengampunkan segala dosa Allahyarham..... info dari 9W8RAK..